Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


10.02.2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah mengadakan majlis yang terunggul iaitu Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Semua pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 melibatkan diri dalam majlis tersebut. 

Majlis sebegini mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di bulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul.

Semperna mengingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W banyak ciri-ciri serta akhlak nabi yang boleh dijadikan ikutan dan teladan. Video ini menunjukkan serba sedikit bagaimana untuk mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W pada zaman yang serba moden ini. Untuk melihat video boleh tekan di MAULIDUR RASUL .


Aktiviti sepanjang majlis itu berlangsung


Para pelajar diminta untuk berkumpul di tapak perhimpunan sebelum majlis itu berlangsung




Cikgu Halmy tidak ketinggalan untuk bergambar bersama dengan para pelajar




Pembacaan selawat diketuai oleh :
Ustaz Zulkifli bin Omar dibantu oleh
adik Muhammad Ikhram Syafiq Bin Ruzian 
dan adik Mohamad Fikri Bin Harun


Apabila perarakan sudah selesai , para pelajar diminta pergi ke dewan untuk mendengar ceramah mengenai Maulidur Rasul. 





Pengajaran : Kita perlulah mengingati Rasulullah bukan sahaja ingat pada hari Maulidur Rasul tetapi setiap hari tanda kita sayang dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita perlu juga , mencontohi sifat-sifat Rasulullah untuk dijadikan idola sepanjang zaman tidak kira muda atau tua.




♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

No comments:

Post a Comment