Kejohanan Bola Tampar MSSD Maran


31.01.2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah menghantar seramai 12 orang pemain , seorang jurulatih dan 3 orang guru. Pasukan Bola Tampar sekolah menjalani latihan selama 2 minggu.

Kejohanan ini berlangsung di dua tempat iaitu bahagian lelaki di Balai Bomba Maran dan perempuan di SMK Maran 2. Terdapat 10 Pasukan Bola Tampar daripada sekolah lain menyertai kejohanan ini. 

Pada perlawanan pertama , Pasukan Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah membuat satu kejutan iaitu dapat mengalahkan Pasukan Bola Tampar Sekolah Jengka 12 yang mendapat tempat kedua pada tahun lepas.

Pada perlawanan seterusnya , Pasukan Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya dapat dikalahkan oleh pasukan daripada Sekolah Afzan Chenor dan Sekolah Maran 1. 





Cikgu Samsuri





Cikgu Samsiah










Ucapan taniah dan terima kasih kepada Pasukan Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya kerana bertungkus lumus untuk menyertai kejohanan tersebut. Diharap pada tahun hadapan Pasukan Bola Tampar Sekolah Desa Jaya mendapat tempat di daerah Maran.



♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

No comments:

Post a Comment