Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


10.02.2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah mengadakan majlis yang terunggul iaitu Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Semua pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 melibatkan diri dalam majlis tersebut. 

Majlis sebegini mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di bulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul.

Semperna mengingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W banyak ciri-ciri serta akhlak nabi yang boleh dijadikan ikutan dan teladan. Video ini menunjukkan serba sedikit bagaimana untuk mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W pada zaman yang serba moden ini. Untuk melihat video boleh tekan di MAULIDUR RASUL .


Aktiviti sepanjang majlis itu berlangsung


Para pelajar diminta untuk berkumpul di tapak perhimpunan sebelum majlis itu berlangsung




Cikgu Halmy tidak ketinggalan untuk bergambar bersama dengan para pelajar




Pembacaan selawat diketuai oleh :
Ustaz Zulkifli bin Omar dibantu oleh
adik Muhammad Ikhram Syafiq Bin Ruzian 
dan adik Mohamad Fikri Bin Harun


Apabila perarakan sudah selesai , para pelajar diminta pergi ke dewan untuk mendengar ceramah mengenai Maulidur Rasul. 





Pengajaran : Kita perlulah mengingati Rasulullah bukan sahaja ingat pada hari Maulidur Rasul tetapi setiap hari tanda kita sayang dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita perlu juga , mencontohi sifat-sifat Rasulullah untuk dijadikan idola sepanjang zaman tidak kira muda atau tua.




♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Visi dan Misi









VISI SEKOLAH

- Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
akan menjadi sekolah cemerlang di Daerah Maran
pada tahun 2015


MISI SEKOLAH

- Untuk merealisasikan wawasan tersebut warga Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya akan berusaha memastikan pencapaian 100 peratus pelajar LULUS dengan cemerlang

- Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk mengasah bakat kepimpinan dan potensi jasmani diri.

- Memupuk sahsiah dan nilai murni sejagat di jiwa seluruh pelajar.

- Mewujudkan persekitaran yang kondusif.

- Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus , tulus , dan berkualiti.



♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Kejohanan Bola Tampar MSSD Maran


31.01.2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah menghantar seramai 12 orang pemain , seorang jurulatih dan 3 orang guru. Pasukan Bola Tampar sekolah menjalani latihan selama 2 minggu.

Kejohanan ini berlangsung di dua tempat iaitu bahagian lelaki di Balai Bomba Maran dan perempuan di SMK Maran 2. Terdapat 10 Pasukan Bola Tampar daripada sekolah lain menyertai kejohanan ini. 

Pada perlawanan pertama , Pasukan Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah membuat satu kejutan iaitu dapat mengalahkan Pasukan Bola Tampar Sekolah Jengka 12 yang mendapat tempat kedua pada tahun lepas.

Pada perlawanan seterusnya , Pasukan Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya dapat dikalahkan oleh pasukan daripada Sekolah Afzan Chenor dan Sekolah Maran 1. 





Cikgu Samsuri





Cikgu Samsiah










Ucapan taniah dan terima kasih kepada Pasukan Bola Tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya kerana bertungkus lumus untuk menyertai kejohanan tersebut. Diharap pada tahun hadapan Pasukan Bola Tampar Sekolah Desa Jaya mendapat tempat di daerah Maran.



♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Kejohanan Merentas Desa 2012


20 Januari 2012 - Keputusan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini menyaksikan RUMAH BENDAHARA mendapat tempat pertama mengalahkan tiga rumah sukan yang lain. 

Kejohanan yang diadakan di Sekitar Bandar Tun Abdul Razak Jengka ini bermula dengan memanaskan badan yang diketuai olah Adik Khafirul Naim Bin Kadir. Cuaca yang agak cerah menyemarakkan lagi kejohanan tersebut.

Taniah diucapkan kepada yang berjaya khususnya tempat pertama dalam kejohanan merentas desa ini , dan tidak lupa kepada sokongan para pelajar yang menghagatkan lagi kejohanan ini.




 













♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥