Sejarah Sekolah SMK Desa Jaya






Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya ( SMKDJ ) mula dibina di Bandar Jengka dalam tahun 1999 dan siap untuk beroperasi pada tahun 2003. Keluasan tapak SMK Desa Jaya ialah lebih kurang 20 hektar. Smk Desa Jaya dibina bersebelahan SK Desa Jaya. SMK Desa Jaya mula beroperasi pada 01 Jun 2003 setelah menerima seramai 345 orang pelajar tingkatan 1 , 2 , dan 4 dari SMK Jengka Pusat. SMK Desa Jaya menerima 21 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan dari sekolah sekitarnya sebagai perintis pembukaan sekolah ini. 


Nama sekolah ini diberi bersemperna nama penempatan Taman perumahan Desa Jaya yang terletak berhampiran dengan sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah gred B yang dikatogerikan sebagai sekolah luar bandar. SMK Desa Jaya menerima Tuan Pengetua yang pertama iaitu Pn. Hjh Hafidzah bt Jono pada April 2003 dan beroperasi sebagai sekolah harian biasa yang menerima pelajar-pelajar dari Tanah Rancangan FELDA Jengka 8 , Taman Perumahan Desa Jaya , Kuartes Guru SMK Jengka Pusat , Nadi Kota , dan Kuartes TNB serta Hospital Jengka.



♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

1 comment:

  1. cantik blog nie...
    aq suke...
    drpd nur syafiqah binti ab rasul...
    wat ar bnyk2 ag...
    blh aq commment bnyk2...
    like 10x......

    ReplyDelete