Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Jengka


Pada 21.03.2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah menghantar seramai 4 orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan SYARAHAN AGAMA dan TILAWAH AL-QURAN. Tuan rumah bagi petandingan ini ialah di SMK JENGKA PUSAT.

kategori SYARAHAN AGAMA telah diwakili oleh MOHAMAD FIKRI BIN HARUN ( Syarahan Agama Lelaki ) dan NUR AMIRAH BINTI MOHAMAD ( Syarahan Agama Perempuan ). 

Bagi Ketagori TILAWAH AL-QURAN telah diwakili oleh MUHAMMAD KHAIRUL NAIM ( Tilawah Al-Quran Lelaki ) dan NURUL SYAHIRAH BINTI AHMAD HISHAM ( Tilawah Al-Quran Perempuan ).






gambar peserta bersama - sama dengan guru pengiring



Alhamdulillah. Seorang peserta dari SMK Desa Jaya telah mendapat tempat PERTAMA dalam pertandingan SYARAHAN AGAMA. Ini merupakan rekod sekolah kerana telah memenangi 3 tahun berturut - turut iaitu MOHAMAD FIKRI BIN HARUN ( Syarahan Agama Lelaki ).

Jutaan terima kasih kepada USTAZ ZULKIFLI BIN OMAR kerana mengajar peserta TILAWAH AL-QURAN dengan gigih sekali. 

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada USTAZAH ROSNIZA BINTI AHMAD BAKRI dan PUAN NORMALA BINTI JAMALUDDIN kerana telah mengajar peserta SYARAHAN AGAMA.




♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Cerita menarik tapi...


salam semua...ni 1st time cubaan menullis dalam blog...fuhh berpeluh gk nak reka ayat..apepun tahniah pd geng2 blog yg sediakn blog ni...korang memang terbaik...
saje nk kongsi dengan semua warga SMKDJ.. baru2 ni terdengar cerita ada bebudak kita kene tangkap ng polis, kene tolak moto sampai balai n sebgainya..aduhhhh...camane ni...bersalah@mangsa keadaan... apepun jangan melatah jika dipihak benar, jangan dicanang pd semua jika bersalah...satiap insan pernah buat silap, perbaiki kesilapan jalan terbaikkkkk, itulah tindakan orang HEBAT.. tolong respon pd warga SMKDJ...   
c r...assalamualaikum

♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Seminar Kimia Di SMK Teluk Sentang

 
 

13.02.2012 - SMK Desa Jaya telah menghantar seramai 14 orang daripada kelas aliran sains tulen untuk mengikuti seminar yang diadakan di SMK Teluk Sentang di Temerloh. Program ini fokus kepada subjek Kimia.

Program ini juga bertujuan untuk mempelajari teknik-teknik menghafal formula dan menjawab soalan Kimia. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Zulkifli Mahmood iaitu Guru Cemerlang Kimia daripada SMK Chini.



Gambar pelajar bersama-sama guru subjek Kimia iaitu 
Puan Norhayati Binti Mohd Zain.



ini ialah Cikgu Zulkifli Mahmood



Sebelum pulang , pelajar dan guru sempat bergamabar bersama
Cikgu Zulkifli Mahmood.




♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


10.02.2012 - Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya telah mengadakan majlis yang terunggul iaitu Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Semua pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 melibatkan diri dalam majlis tersebut. 

Majlis sebegini mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di bulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul.

Semperna mengingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W banyak ciri-ciri serta akhlak nabi yang boleh dijadikan ikutan dan teladan. Video ini menunjukkan serba sedikit bagaimana untuk mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W pada zaman yang serba moden ini. Untuk melihat video boleh tekan di MAULIDUR RASUL .


Aktiviti sepanjang majlis itu berlangsung


Para pelajar diminta untuk berkumpul di tapak perhimpunan sebelum majlis itu berlangsung




Cikgu Halmy tidak ketinggalan untuk bergambar bersama dengan para pelajar




Pembacaan selawat diketuai oleh :
Ustaz Zulkifli bin Omar dibantu oleh
adik Muhammad Ikhram Syafiq Bin Ruzian 
dan adik Mohamad Fikri Bin Harun


Apabila perarakan sudah selesai , para pelajar diminta pergi ke dewan untuk mendengar ceramah mengenai Maulidur Rasul. 





Pengajaran : Kita perlulah mengingati Rasulullah bukan sahaja ingat pada hari Maulidur Rasul tetapi setiap hari tanda kita sayang dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita perlu juga , mencontohi sifat-sifat Rasulullah untuk dijadikan idola sepanjang zaman tidak kira muda atau tua.




♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥

Visi dan Misi









VISI SEKOLAH

- Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
akan menjadi sekolah cemerlang di Daerah Maran
pada tahun 2015


MISI SEKOLAH

- Untuk merealisasikan wawasan tersebut warga Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya akan berusaha memastikan pencapaian 100 peratus pelajar LULUS dengan cemerlang

- Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk mengasah bakat kepimpinan dan potensi jasmani diri.

- Memupuk sahsiah dan nilai murni sejagat di jiwa seluruh pelajar.

- Mewujudkan persekitaran yang kondusif.

- Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus , tulus , dan berkualiti.



♥ Terima Kasih Kerana Membaca ♥